Wednesday 21 March 2012

Contoh Jawapan -- Karangan Cerita (UPSR)

Tajuk:

Kamu telah mengikuti Program Motivasi UPSR yang dianjurkan oleh sekolah kamu.  Ceritakan pengalaman kamu semasa mengikuti program tersebut. (2005)


Contoh jawapan:


          Tahun ini merupakan tahun yang tersibuk dan terpenting untuk aku dan rakan-rakan yang berada di tahun enam. Kami akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.

Kesedaran untuk melipat gandakan usaha dalam mencapai kecemerlangan mula wujud sedikit demi sedikit dalam hati aku dan rakan-rakan.  Malah, pihak sekolah juga banyak membantu kami dengan mengadakan berbagai kursus dan bengkel motivasi.  Pada hari Sabtu yang lepas, pihak sekolah telah mengadakan Program Motivasi UPSR yang pertama di sekolahku. 

Program itu diadakan di dewan sekolah bermula pada jam tujuh setengah pagi sehingga sebelas malam.  Guru-guru sekolahku serta beberapa orang guru pakar daripada  sekolah lain turut terlibat dalam program tersebut.  Aktiviti pengenalan serta ceramah motivasi menjadi acara pembuka program itu diikuti dengan ceramah subjek serta teknik menjawab soalan.

Semua peserta diberi ruang untuk berehat sekitar jam dua belas setengah.  Aku dan rakan-rakan menikmati makan tengah hari kami yang disediakan oleh pihak sekolah serta solat Zuhur berjemaah di surau sekolah berimamkan Ustaz Adib.  Setelah berehat lebih kurang dua jam, kami kembali semula ke dewan sekolah untuk mengikuti acara seterusnya iaitu tugasan dalam kumpulan dan aktiviti riadah. 

Setiap aktiviti yang dijalankan baik secara individu mahu pun berkumpulan mengajar kami untuk berdikari, semangat setia kawan, bekerja dalam kumpulan, tolong-menolong, bertolak ansur dan paling penting berfikir secara kreatif.  Tip-tip yang diberikan oleh pakar-pakar subjek sangat membantu dan berguna untuk kami.

Selepas solat maghrib berjemaah, kami bersama-sama berkumpul di surau mendengar ceramah keagaamaan daripada seorang penceramah luar yang dijemput khas.  Tersentuh hatiku mendengar setiap apa yang diperkatakan.  Kemudian, kami menunaikan solat hajat selepas solat Isyak.  Ketika itulah, ramai di antara rakan-rakanku termasuk juga diriku teresak-esak menangis.  Perasaan sesal timbul kerana sedar telah banyak masa yang aku sia-siakan.  Pada malam itu, aku nekad untuk tidak akan mensia-siakan waktu yang berbaki ini.

Tepat jam sebelas malam, majlis penutup yang diadakan di dewan sekolah diakhiri dengan lafaz Bismillah dan ikrar Aku Janji kami pelajar-pelajar tahun enam untuk berusaha bersungguh-sungguh menaikkan nama sekolah ke peringkat yang terbaik.  Di dalam hati aku, sudah tersemai benih harapan dan tekad.  Aku berharap program ini akan menjadikan aku lebih yakin untuk menghadapi UPSR nanti.

Wednesday 1 February 2012

Carta Minda (MindChart) Topik Thn 6

Assalamualaikum anak-anak2 kesayangan Acik Yus..  dah lama tak hapdate blog kita ni kan.. sibuk Acik Yus sekarang ni.. Ok, untuk anak-anak yang malas nak buat nota sendiri untuk setiap topik Thn 6.. Acik Yus uploadkan Carta Minda kat sini..boleh download n simpan untuk rujukan ye.. 




Topik Satu .. Interaction Among Living Thing



Topik 2 .. Investigating Force & Energy





Topik 3 ... Movement


Topik 4 ... Food Preservation





Topik 5 ... Waste Management





Topik 6 ... Moon Eclipse & Sun Eclipse




Topik 7 ... Machines 



Ok.. harap anak-anak Acik Yus dapat manfaatkan nota-nota ni ye.. Selamat Belajar sayang2 semua.. 


~ Acik Yus ~

Saturday 14 January 2012

SELAMAT DATANG CABARAN BARU 2010...

Sudah 14 hari kita meninggalkan tahun 2011 dengan berbagai kenangan.. ada di antara warga E1418 yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, ada juga yang masih lagi di tempat yang sama dan tak kurang juga agak tergelincir sedikit daripada landasan yang telah Acik Yus bina...  


SEMUA ITU KITA TINGGALKAN DI BELAKANG..
BUKA TANGAN DAN HATI 
DENGAN SEMANGAT YANG BARU
STRAIGHT A'S DALAM GENGGAMAN..


Ada orang tanya Acik Yus.. kenapa nak beria-ia sangat nak straight As tu.. kalau tak dapat tak boleh ke.. bukannya tak boleh hidup pun kalau tak dapat tu..


Jawapan Acik Yus mudah.. kalau nak pasang niat @ matlamat, biarlah setinggi gunung, jika terjatuh masih ada bukit untuk dijadikan 'landing', jika pasang niat hanya setinggi pokok, kalau jatuh terduduk terus di atas tanah ...  Sebenarnya, kita ni masih belum lagi mencabar diri kita secukupnya.. apa yang kita keluarkan daripada diri kita hari ini cuma 1/4 daripada apa yang ada di dalam diri kita sebenar-benarnya.. CUNGKIL, ASAH, GILAP .. dan lihatlah ... bercahaya tak kebolehan tu..


Ok.. Tahun ni.. tugas yang Acik Yus galas atas bahu sangat berat.. 15 orang UPSR di E1418 .. dengan harapan Guru Besar dan Ustazah Yuza untuk melihat anak-anak murid mereka mendapat 5As.. Acik Yus berharap sangat-sangat, usaha murni  kita ini akan diberkati Allah..


Ok.. ni ada beberapa saranan daripada Acik Yus untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan besar:


1.  Study sekurang-kurangnya 2 jam sehari.
2.  Banyakkan latihan penulisan, paper 2 English dan Maths.
3.  Sebelum tidur sentiasa berdoa kepada Allah untuk dipermudahkan kita menerima pelajaran.
4.  Breakfast setiap pagi untuk menjamin badan dan minda segar.
5.  Solat lima waktu jangan tinggal, rajin-rajinlah mengaji Al-Quran dan solat hajat.
6.  Amalkan doa-doa pilihan.
7.  JANGAN PONTENG SEKOLAH DAN KELAS TUSYEN YE!!!!


OK.. apa-apa pun .. kita teruskan dengan usaha kita ini.. Acik Yus akan cuba kerap update blog ni dengan link-link yang boleh membantu semua..




SEMOGA BERJAYA
ACIK YUS

Friday 22 July 2011

SELAMAT DATANG KE E1418 TUTION CLASS 2011

E1418 TUTION CLASS .. bukan sekadar kelas tambahan malah ia juga merupakan tempat untuk anak-anak ini menimba ilmu, melepaskan lelah seharian belajar, berkongsi pengalaman dan masalah serta mendapat bimbingan dan motivasi.

Dalam kelas ini, tiada beza antara yang cerdik , bijak , pandai dan yang kurang bijak.  Mereka dilayan sama rata.  Di E1418, anak-anak ini bukan sahaja dibentuk untuk menjadi pelajar yg bijak, malah mereka juga dibentuk utk menjadi pembimbing rakan sebaya.

Laman ini dibina khas utk mereka kerana kesuntukan masa di dalam kelas menyebabkan setiap ilmu yg disalurkan adalah terbatas.  Maka, melalui laman ini serta page di FB diharap dapat membantu mereka.  Malah, diharap laman ini juga dapat membantu rakan-rakan yang akan mengambil peperiksaan UPSR dan PMR di luar sana.

Jika anda mempunyai sebarang ilmu yg ingin dikongsi bersama.. bolehlah hubungi kami.

Terima kasih daun keladi..
ada masa singgahlah lagi.....

Moderator..
Acik Yus.