Wednesday, 21 March 2012
Contoh Jawapan -- Karangan Cerita (UPSR)
Posted by E1418 Tution Class.. 5A UPSR/8A PMR at 03:58Wednesday, 1 February 2012
Carta Minda (MindChart) Topik Thn 6
Posted by E1418 Tution Class.. 5A UPSR/8A PMR at 07:48Assalamualaikum anak-anak2 kesayangan Acik Yus.. dah lama tak hapdate blog kita ni kan.. sibuk Acik Yus sekarang ni.. Ok, untuk anak-anak yang malas nak buat nota sendiri untuk setiap topik Thn 6.. Acik Yus uploadkan Carta Minda kat sini..boleh download n simpan untuk rujukan ye..
Saturday, 14 January 2012
SELAMAT DATANG CABARAN BARU 2010...
Posted by E1418 Tution Class.. 5A UPSR/8A PMR at 06:03Sudah 14 hari kita meninggalkan tahun 2011 dengan berbagai kenangan.. ada di antara warga E1418 yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, ada juga yang masih lagi di tempat yang sama dan tak kurang juga agak tergelincir sedikit daripada landasan yang telah Acik Yus bina...
Ada orang tanya Acik Yus.. kenapa nak beria-ia sangat nak straight As tu.. kalau tak dapat tak boleh ke.. bukannya tak boleh hidup pun kalau tak dapat tu..
Jawapan Acik Yus mudah.. kalau nak pasang niat @ matlamat, biarlah setinggi gunung, jika terjatuh masih ada bukit untuk dijadikan 'landing', jika pasang niat hanya setinggi pokok, kalau jatuh terduduk terus di atas tanah ... Sebenarnya, kita ni masih belum lagi mencabar diri kita secukupnya.. apa yang kita keluarkan daripada diri kita hari ini cuma 1/4 daripada apa yang ada di dalam diri kita sebenar-benarnya.. CUNGKIL, ASAH, GILAP .. dan lihatlah ... bercahaya tak kebolehan tu..
Ok.. Tahun ni.. tugas yang Acik Yus galas atas bahu sangat berat.. 15 orang UPSR di E1418 .. dengan harapan Guru Besar dan Ustazah Yuza untuk melihat anak-anak murid mereka mendapat 5As.. Acik Yus berharap sangat-sangat, usaha murni kita ini akan diberkati Allah..
Ok.. ni ada beberapa saranan daripada Acik Yus untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan besar:
1. Study sekurang-kurangnya 2 jam sehari.
2. Banyakkan latihan penulisan, paper 2 English dan Maths.
3. Sebelum tidur sentiasa berdoa kepada Allah untuk dipermudahkan kita menerima pelajaran.
4. Breakfast setiap pagi untuk menjamin badan dan minda segar.
5. Solat lima waktu jangan tinggal, rajin-rajinlah mengaji Al-Quran dan solat hajat.
6. Amalkan doa-doa pilihan.
7. JANGAN PONTENG SEKOLAH DAN KELAS TUSYEN YE!!!!
OK.. apa-apa pun .. kita teruskan dengan usaha kita ini.. Acik Yus akan cuba kerap update blog ni dengan link-link yang boleh membantu semua..
SEMOGA BERJAYA
ACIK YUS
Friday, 22 July 2011
SELAMAT DATANG KE E1418 TUTION CLASS 2011
Posted by E1418 Tution Class.. 5A UPSR/8A PMR at 08:17E1418 TUTION CLASS .. bukan sekadar kelas tambahan malah ia juga merupakan tempat untuk anak-anak ini menimba ilmu, melepaskan lelah seharian belajar, berkongsi pengalaman dan masalah serta mendapat bimbingan dan motivasi.
Dalam kelas ini, tiada beza antara yang cerdik , bijak , pandai dan yang kurang bijak. Mereka dilayan sama rata. Di E1418, anak-anak ini bukan sahaja dibentuk untuk menjadi pelajar yg bijak, malah mereka juga dibentuk utk menjadi pembimbing rakan sebaya.
Laman ini dibina khas utk mereka kerana kesuntukan masa di dalam kelas menyebabkan setiap ilmu yg disalurkan adalah terbatas. Maka, melalui laman ini serta page di FB diharap dapat membantu mereka. Malah, diharap laman ini juga dapat membantu rakan-rakan yang akan mengambil peperiksaan UPSR dan PMR di luar sana.
Jika anda mempunyai sebarang ilmu yg ingin dikongsi bersama.. bolehlah hubungi kami.
Terima kasih daun keladi..
ada masa singgahlah lagi.....
Moderator..
Acik Yus.