BAHASA MELAYU PENULISAN --- UPSR

PANDUAN MEMBINA AYAT (KERTAS DUA BHG. A)


1.  Sentiasa membaca arahan yang diberikan.  Baca dengan teliti apa yang diperlukan.

2.  Kemudian, teliti dan fahami gambar yang diberikan.  Bulatkan kata kerja yang anda nampak pada gambar-gambar tersebut.

3.  Apa perkara-perkara yang perlu kita kenal pasti ?  ----

a.  fahami idea keseluruhan gambar
b.  aktiviti-aktiviti (kata kerja) yang dapat dilihat dengan jelas di dalam gambar
c.  matlumat-matlumat yang terdapat dalam gambar

4.  Anda perlu membina 5 ayat (seperti di dalam soalan.)

5.  Senaraikan terlebih dahulu aktiviti/kata kerja yang telah anda bulatkan sebelum anda mula membina ayat.

6.  Pastikan ayat anda tidak menggunakan 'diri anda' sebagai orang yang berada di dalam gambar tersebut.  Anda bebas menggunakan nama orang.  Sebaik-baiknya, jangan letak sebarang tarikh/waktu pada ayat anda.

7.  Hanya aktiviti/kata kerja yang jelas terdapat di dalam gambar sahaja ditulis.  Jangan membuat sebarang andaian.

8.  Pastikan ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan sebagainya tidak mempunyai kesalahan.

9.  Tulis no. di setiap ayat yang anda bina.

10.  Sentiasa semak semula jawapan anda.

SELAMAT MENJAWAB... Acik Yus akan upload beberapa latihan.